Springer Science+Business Media
| Diasaskan pada | 10 Mei 1842 (sebagai Springer-Verlag) |
|---|---|
| Pengasas | Julius Springer |
| Negara asal | Germany |
| Lokasi ibu pejabat | Berlin/Heidelberg, Jerman |
| Topik bukan fiksyen | Sains, teknologi, perubatan, perniagaan, pengangkutan dan seni bina |
| Pemilik | Springer Nature |
| Laman web rasmi | www |
Springer Science+Business Media atau Springer, sebahagian daripada Springer Nature sejak 2015, ialah sebuah syarikat penerbitan global yang menerbitkan buku, e-buku dan jurnal ulasan dalam sains, kemanusiaan, teknikal dan perubatan (STM). Springer juga menganjurkan beberapa pangkalan data saintifik, termasuk SpringerLink, dan SpringerImages. Penerbitan buku termasuk karya rujukan utama, buku teks, monograf dan siri buku; lebih daripada 168,000 tajuk boleh didapati sebagai e-buku dalam 24 koleksi mata pelajarans. Springer mempunyai pejabat utama di Berlin, Heidelberg, Dordrecht, dan New York City.
Pada 15 Januari 2015, Holtzbrinck Publishing Group/Nature Publishing Group dan Springer Science+Business Media mengumumkan penggabungan. Transaksi itu telah diselesaikan pada Mei 2015 dan sebuah syarikat usaha sama baru, Springer Nature, dibentuk, dengan Holtzbrinck mempunyai majoriti 53% saham dan BC Partners mengekalkan kepentingan 47% dalam syarikat.