Spikenard

Spikenard
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Dipsacales
Keluarga:
Valerianaceae
Genus:
Nardostachys
Spesies:
N. grandiflora
Nama binomial
Nardostachys grandiflora
DC.

Spikenard (Nardostachys grandiflora atau Nardostachys jatamansi; juga dikenali sebagai nard, nardin, dan muskroot ) ialah tumbuhan berbunga daripada famili Valerian yang tumbuh di pergunungan Himalaya yang merentasi China, India dan Nepal. Ia membesar mencapai ketinggian sekitar 1 m dan mempunyai bunga berbentuk loceng merah jambu. Rizom tumbuhan ini dikisar dan disulingkan airnya menjadi minyak pati wangi kuat berwarna kuning ambar dengan kelikatan yang tinggi. Minyak nardin digunakan sebagai minyak wangi, setanggi, sedatif serta ubat herba yang dikatakan membantu melawan insomnia, komplikasi kesihatan sewaktu lahir dan sakit kecil yang lain.

Lavender (genus Lavandula) turut dahulunya dikenali oleh orang Yunani kuno sebagai naardus sempena Naarda, nama sebuah kota di Syria.