Lavandula

Labenda
Bulir-bulir bunga labenda
ditutup daun pengasuh
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Nepetoideae
Tribus:
Lavanduleae
Genus:
Lavandula

Spesies jenis
Lavandula spica
Sinonim
  • Stoechas Mill.
  • Fabricia Adans.
  • Styphonia Medik.
  • Chaetostachys Benth.
  • Sabaudia Buscal. & Muschl.
  • Isinia Rech.f.

Labenda (Jawi: لابيندا) ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada 39 spesies genus Lavandula dalam keluarga Lamiaceae. Spesies-spesies ini tumbuh asli di Dunia Lama dan ditemui dari Tanjung Verde dan Kepulauan Canaria, menyeberang utara ke utara dan timur Afrika, Eropah Mediterranean, barat daya Asia ke tenggara India.

Banyak spesies genus ini ditanam dan diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap, untuk digunakan sebagai herba masakan, dan juga secara komersial untuk mengeluarkan minyak pati. Spesies Lavandula angustifolia banyak ditanam secara meluas.