Speed Racer (filem)
| Speed Racer | |
|---|---|
Theatrical poster | |
| Pengarah | Andy Wachowski Larry Wachowski |
| Penulis | Andy Wachowski Larry Wachowski |
| Dihasilkan oleh | Joel Silver Grant Hill Andy Wachowski Larry Wachowski |
| Dibintangi | Emile Hirsch John Goodman Christina Ricci Susan Sarandon Matthew Fox |
| Sinematografi | David Tattersall |
| Disunting oleh | Roger Barton Zach Staenberg |
| Muzik oleh | Michael Giacchino |
| Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan | 8 Mei 2008 9 Mei 2008 |
Masa tayangan | 135 min. |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $100 million |
Speed Racer ialah sebuah filem lakonan langsung tahun 2008 yang diadaptasi dari siri anime Jepun 1960-an Speed Racer. Filem ini dikarang dan diarah oleh Adik-beradik Wachowski yang turut menjadi penerbit bersama. Filem ini telah dibangunkan sejak tahun 1992, banyak bertukar penulis dan pengarah sehingga penerbit Joel Silver dan adik-beradik Wachowski berganding bahu untuk memulakan penerbitan Speed Racer sebagai filem yang sesuai untuk seisi keluarga agar dapat mencapai lebih banyak penonton. Emile Hirsch memegang watak Speed, iaitu wira animasi tersebut, manakala Christina Ricci memainkan watak Trixie, teman wanita Speed. Filem Speed Racer dirakam mulai Jun hingga November 2007 di Potsdam dan Berlin, Jerman dan menelan belanja kira-kira AS$100,000,000. Kebanyakan penggambaran dijalankan di Babelsberg Studios di Potsdam, di mana rakaman dilakukan di hadapan layar hijau sepenuhnya.. Adik-beradik Wachowski juga merakam dalam video definisi tinggi buat julung kalinya, iaitu menggunakan kaedah pelapisan untuk meletakkan latar hadapan dan belakang babak-babak dalam fokus untuk menghasilkan pengalaman anime yang seolah-olah wujud. Para pemasar telah menyediakan mainan dan permainan video bersempena pengeluaran filem ini. Tayangan perdana filem Speed Racer adalah pada 3 Mei 2008 sebagai filem penutup Pesta Filem Tribeca, dan dikeluarkan secara umum pada 9 Mei 2008.