Sparta
37°4′55″N 22°25′25″E / 37.08194°N 22.42361°E
Sparta Σπάρτα | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Abad ke-11 SM–195 SM | |||||||||||
Wilayah Sparta kuno | |||||||||||
| Ibu negara | Sparta | ||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Greek Dorik | ||||||||||
| Agama | Politeisme | ||||||||||
| Kerajaan | Oligarki | ||||||||||
| Era Sejarah | Zaman purba klasik | ||||||||||
• Didirikan | Abad ke-11 SM | ||||||||||
• Liga Peloponesia | 546-371 SM | ||||||||||
• Dibubarkan | 195 SM | ||||||||||
| |||||||||||
Sparta (Dorik Σπάρτα; Attic Σπάρτη Spartē) ialah negara kota di Yunani yang terletak di Eurotas di bahagian selatan Peloponesia. Dari sekitar 650 SM, ia bangkit menjadi sebuah kuasa tentera yang paling berpengaruh di kawasan itu dan justera, diakui sebagai ketua gabungan tentera Yunani semasa Perang Yunani-Parsi. Hamba yang merupakan penghuni yang terbanyak di Sparta (melebihi 80% daripada jumlah penduduk, menurut Herodotus), sentiasa diaibkan sebagai sebahagian upacara amal. Semasa upacara Crypteia, mereka boleh dibunuh secara sah oleh warga Sparta. Antara 431 hingga 404 SM, Sparta menjadi musuh utama Athens semasa Perang Peloponesia.
Menjelang 362 SM, peranan Sparta sebagai kuasa tentera yang terpengaruh di Greece sudah tamat. Walaupun ia merupakan negara yang agak zalim berbanding dengan kebanyakan negara Eropah yang lain, ideal-ideal Sparta telah dikagumi lalu diterima dan diamalkan di seluruh Eropah, walaupun pada tahap yang tidak sangat berketerlaluan. Kekaguman terhadap Sparta dikenali sebagai lakonofilia.