Athens Klasik

Athens
Ἀθῆναι
508 SM–322 SM
Burung hantu Athena, patron Athens
Liga Delos ("Empayar Athens") dalam warna kuning, kawasan Athens dalam warna merah, 431 SM, sebelum Perang Peloponnesia.
Ibu negaraAthens
Bahasa yang umum digunakanBahasa Yunani Attica
Agama
Agama Yunani Purba
KerajaanDemokrasi Athens
Strategos 
• 449–429 SM
Pericles
Badan perundanganEcclesia
Era SejarahKlasik
• Penubuhan demokrasi oleh Cleisthenes
508 SM
• Liga Delos
478–404 SM (404–403 SM: Tiga puluh tiran)
• Liga Athens Kedua
378–355 SM
• Perang Lamia
322 SM
Penduduk
• Abad kelima SM1
~250,000 (lelaki dengan hak sivil: ~30,000)
Mata wangDrachma
Didahului oleh
Diganti oleh
Peisistratid
Liga Corinth

Bandar Athens (Bahasa Yunani Kuno: Ἀθῆναι, Athênai [a.tʰɛ̂ː.nai̯]; Yunani moden: Αθήναι Athine atau lebih lazim Αθήνα Athina [a.'θi.na]) dalam zaman klasik Yunani Purba (480–323 SM) ialah pusat negara kota senama di Attike, Yunani yang membawa Liga Delos di dalam Perang Peloponnesos menentang Sparta dan Liga Peloponnesia. Demoraksi Athens ditubuhkan pada 508 SM di bawah Cleisthenes menyusuli pemerintahan tirani Isagoras. Sistem ini adalah stabil secara umum dengan sedikit gangguan hingga 322 SM (susulan Lamian War). Kemuncak hegemoni Athens berlaku pada 440-an dan 430-an SM, dan ini dikenali sebagai Zaman Pericles.

Dalam zaman klasik, Athens ialah pusat utama percambahan kesenian, pendidikan dan falsafah; Athens merupakan tempat Akademi Aflatun dam Lyceum Aristalis, Athens juga menjadi tempat lahir Sukrat, Aflatun, Perikles, Aristophanes, Sophokles serta pelbagai tokoh dunia purba. Athens dikenali sebagai tempat lahir peradaban Barat serta sistem demokrasi, secara umumnya berdasarkan kesan dan pencapaian kebudayaan dan politik ketika abad kelima dan keempat SM di seluruh benua Eropah.