Spanar Jaya X
| Spanar Jaya X | |
|---|---|
| Genre | Komedi |
Berdasarkan daripada | Spanar Jaya oleh Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Ahmad Idham |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | AG Coco |
| Lagu pembukaan | "Spanar Jaya X" oleh Kapow |
| Lagu penutup | "Spanar Jaya X" oleh Kapow |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 1 |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Tiara Jacquelina |
| Penerbit | Dale Majid |
| Penyunting | Muhamed Sufiandin Wahid |
| Lokasi | Jelas Juta Studio |
| Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Enfiniti Productions |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 2 Februari 2019 – 27 April 2019 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Spanar Jaya |
Spanar Jaya X ialah sebuah siri televisyen komedi Malaysia 2019 arahan Ahmad Idham. Siri ini diterbitkan oleh Enfiniti Production dan merupakan sekuel kepada siri asal Spanar Jaya ciptaan Mamat Khalid, Loloq dan Norenshah Sahari yang ditayangkan dari 1999 hingga 2005. Spanar Jaya X disiarkan sempena ulang tahun ke-20 siri komedi ini dan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 bermula 2 Februari 2019 hingga 27 April 2019.
Siri ini juga diterbitkan khas untuk salah seorang pelakon asal Spanar Jaya Zaibo, yang meninggal dunia pada November 2018, tiga bulan sebelum Spanar Jaya X ditayangkan.