Soyuz TMA-11
| Soyuz TMA-11 | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Statistik misi | |||||
| Nama misi | Soyuz TMA-11 | ||||
| Saiz anak kapal | 3 | ||||
| Pelantar pelancar | LC-1, Kosmodrom Baikonur | ||||
| Pelancaran | 10 Oktober 2007 13:22:39 UTC | ||||
| Pendaratan | 19 April 2008 08:30 UTC | ||||
| Tempoh misi | 197 hari | ||||
| Kecondongan orbit | 51.6 | ||||
| Foto anak kapal | |||||
| dari kiri ke kanan: Sheikh Muszaphar Shukor, Yuri Malenchenko, Peggy Whitson | |||||
| Misi berkaitan | |||||
| |||||
Soyuz TMA-11 merupakan misi penerbangan angkasa lepas manusia semasa menggunakan kapal angkasa lepas Soyuz-TMA untuk mengangkut kakitangan ke dan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Misi ini bermula pada 13:22 UTC pada 10 Oktober 2007 apabila kapal angkasa lepas ini dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur oleh kenderaan pelancar Soyuz FG. Soyuz TMA-11 membawa dua anak kapal sebagai ahli Ekspedisi 16 ISS, dan seorang peserta penerbangan angkasa lepas. Ia dijadualkan kekal di ISS sebagai lancang kecemasan sehinggalah ia digantikan oleh Soyuz TMA-12 pada April 2008.