Soufiane Rahimi
|
Rahimi semasa membersamai Raja Casablanca pada tahun 2021 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Soufiane Rahimi | ||
| Tarikh lahir | 2 Jun 1996 | ||
| Tempat lahir | Casablanca, Morocco | ||
| Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) | ||
| Posisi permainan | Penyerang tengah, Pemain sayap | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al Ain FC | ||
| Nombor | 21 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2006–2017 | Raja Casablanca | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2017–2021 | Raja Casablanca | 83 | (30) |
| 2017–2018 | → Étoile de Casablanca (pinjaman) | 28 | (17) |
| 2021– | Al Ain FC | 66 | (26) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2021– | Maghribi A' | 10 | (6) |
| 2021– | Maghribi | 8 | (0) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 02:24, 25 Mei 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 02:24, 27 Mac 2024 (UTC) | |||
Soufiane Rahimi (Arab: سفيان رحيمي; lahir 2 Jun 1996) ialah pemain bola sepak profesional Maghribi yang bermain sebagai penyerang tengah untuk kelab Liga Profesional Emiriyah Arab Bersatu Al Ain FC dan pasukan kebangsaan Maghribi.
Rahimi memulakan kerjaya profesionalnya dengan bermain untuk Raja Casablanca, sebelum dihantar secara pinjaman ke atas Étoile de Casablanca. Rahimi kemudian kembali ke bekas kelabnya selepas tamat tempoh pinjaman, bersama menyertai rakan kelabnya untuk memenangi Botola Pro 2019–20, Piala Konfederasi CAF 2018 dan 2021. Rahimi berjaya memenangi Piala Liga Juara-Juara Arab 2019–20. Rahimi berpindah ke Liga Profesional Emiriyah Arab Bersatu selepas menandatangani kontrak untuk menyertai Al Ain FC. Pemain antarabangsa penuh untuk Maghribi sejak 2021, Soufiane mewakili negara pada Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021 dan Piala Negara-Negara Afrika 2021. Rahimi ialah penjaring gol terbanyak pada Piala Negara-Negara Afrika 2021 dengan lima jaringan gol.