Sos velouté

Sos velouté
EponimBaldu 
JenisSos
Tempat asalFrance
Bahan utama Stok, roux
Bahan yang biasa digunakanRoux, kaldu 
sunting · sunting di Wikidata

Sos velouté (Sebutan bahasa Perancis: [vəluˈte]), bersama-sama dengan sos tomato, Hollandaise, Béchamel and espagnole, adalah salah satu sos daripada masakan Perancis yang ditetapkan sebagai Sos ibu oleh Auguste Escoffier pada abad ke-19, yang merupakan pemudahan bagi senarai "Sauce Carême" oleh Marie-Antoine Carême. Istilah velouté adalah daripada bentuk kata sifat Perancis velour, yang bermaksud baldu.

Dalam menyediakan sos velouté, stok cair (yang tulang digunakan masih belum dipanggang), seperti stok ayam atau ikan, dipekatkan dengan roux. Oleh itu, bahan-bahan velouté adalah jumlah yang sama bagi mentega dan tepung untuk membentuk roux dan stok ayam atau ikan cair, dengan sedikit garam dan lada untuk diperisakan jika perlu. Sos yang dihasilkan biasanya dirujuk oleh jenis stok yang digunakan contohnya velouté ayam.