Armin van Buuren

Armin Jozef Jacobus Daniël van Buuren
Armin van Buuren di Armin Only Embrace, 2017
Maklumat latar belakang
Nama lahir
  • Armin Jozef Jacobus Daniël van Buuren
Juga dikenali
sebagai
ArminJozefJacobusDaniël
Kelahiran (1976-12-25) 25 Disember 1976
Leiden, Belanda
Asal
WarganegaraKerajaan Belanda
Genre
  • Uplifting trance
  • trance
  • trance progresif
  • house
  • house progresif
  • electro house
  • psytrance
Pekerjaan
  • DJ
  • penghasil rakaman
  • pemuzik
  • remixer
  • pemain piano
  • penulis lagu
Alat muzik
Tahun aktif
  • 1996–present
DiskografiLihat: Armin van Buuren discography (en)
Syarikat rakaman
  • Armada
  • Revealed
  • A State of Trance
  • Armind
  • Vandit
  • Ministry of Sound
Anggota bagiGaia
Kegiatan berkaitan
  • Gaia
  • Perpetuous Dreamer
  • Alibi
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriErika van Thiel (en)
Adik-beradikEller van Buuren (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawang
Tandatangan
Pautan lain
Tandatangan
sunting · sunting di Wikidata

Armin Jozef Jacobus Daniël van Buuren OON (/væn ˈbjʊərən/ van-_-BEWR-ən, Belanda: [ˈɑrmɪn ˈjoːzəf jɑˈkoːbʏs ˈdaːniˌjɛl vɑn ˈbyːrə(n)];, (lahir di Leiden, Belanda, 25 Disember 1976; umur 48 tahun) ialah DJ dan penghasil musik trance asal Belanda. Sejak 2001, Armin van Buuren telah menjadi tuan empunya acara radio mingguan A State of Trance, yang mempunyai 40 juta pendengar setiap minggu di 84 negara serta lebih dari 100 saluran radio FM,. Menurut website DJs and Festivals, "acara radio ini mendorong kemasyhuran Armin dan membantu menumbuhkan minat kepada musik trance di seluruh dunia."

Van Buuren telah memenangkan banyak penghargaan. Beliau diiktiraf sebagai DJ nobmor satu oleh DJ Mag sebanyak lima kali, suatu rekod yang belum dipecahkan, selama empat tahun berturut-turut. Selain itu, beliau menduduki tempat keempat dalam daftar DJ Mag Top 100 DJ pada tahun 2015, 2016, dan 2019, dan peringkat ketiga pada tahun 2017. Pada 2014, beliau mendapat nominasi Anugerah Grammy bagi Rakaman Muzik Tarian Terbaik untuk singlenya "This Is What It Feels Like" bersama Trevor Guthrie, menjadikannya pemuzik trance keempat yang pernah menerima nominasi Anugerah Grammy. Di Amerika, beliau memegang rekor untuk entri terbanyak, yakni dua puluh satu lagu, pada carta lagu Album Tarian/Elektronik Billboard.