Sony Ericsson

Sony Mobile Communications AB
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriTelekomunikasi
PendahuluEricsson Mobile Communications 
Ditubuhkan2001
Dibubarkan1 April 2021
Ibu pejabatIbu pejabat:
Acton, London, England, UK
Diperbadankan:
Sweden
Tokoh pentingHideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP)
KeluaranTelefon bimbit
Peranti muzik mudah alih
Sistem tanpa wayar
Peranti suara tanpa wayar
Aksesori berteknologi tinggi
Peranti data tanpa wayar
Hasil€10,959 juta (2006)
Pendapatan bersih€997 juta (2006)
PemilikSony Mobile Communications AB, Sony 
Bilangan kakitangan~8,000
Syarikat indukSony Corporation (50%)
Ericsson AB (50%)
Tapak web[1]
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.

Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.

Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.

Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.