Nokia

Perbadanan Nokia
Nama asliNokia 
Dinamakan sempenaNokia 
Jenis/bentuk sahSyarikat awam – Oyj
(OMX: NOK1V, NYSE: NOK, Xetra: NOA3)
ISINFI0009000681 
IndustriTelekomunikasi
Internet
Perisian komputer
PendahuluNokia Aktiebolag
Suomen Gummitehdas
Suomen Kaapelitehdas 
DitubuhkanNokia, Finland (1865)
PengasasFredrik Idestam
Leo Mechelin 
Ibu pejabatEspoo, Finland
Tokoh pentingJorma Ollila (Pengerusi)
Olli-Pekka Kallasvuo (Presiden & CEO)
Richard A. Simonson (CFO)
Mary T. McDowell (CDO)
KeluaranTelefon bimbit
Telefon pintar
Komputer bimbit
Rangkaian
(Sila lihat senarai produk)
Hasil 50.722 bn (2008)
Pendapatan kendalian−1,100,000,000 (2016) 
Pendapatan bersih €4.639 bilion (2005)
Modal26,257,000,000 (2016) 
Jumlah aset €39.582 bn (2008)
Jumlah ekuiti €16.510 bn (2008)
PemilikBlackRock 
Bilangan kakitangan123,347 dalam 120 negara (September 30, 2009)
PembahagianDevices
Perkhidmatan
Pasaran
Anak syarikatNokia Networks, Withings, Nokia (Germany), Nokia (United Kingdom), Nokia (United States), Nokia (Australia), Nokia (China), Nokia (Canada), Nokia (Ireland), Alcatel-Lucent USA, Luxor AB, Bell Labs, Nokia Shanghai Bell, RapidAPI 
Tapak webwww.nokia.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_slogan"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Perbadanan Nokia (nama didaftarkan rasmi di Finland: Nokia Oyj; NYSE: NOK) ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Perbadanan Nokia juga mengeluarkan kelengkapan rangkaian telekomunikasi untuk kegunaan-kegunaan seperti telefoni suara talian tetap dan bimbit, ISDN, capaian jalur lebar, suara melalui IP, dan LAN wayarles.

Ibu pejabat Nokia terletak di Espoo, sebuah subbandar Helsinki, Finland, tetapi syarikat ini juga mempunyai tapak-tapak penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, dan perwakilan jualan di banyak negara di seluruh dunia. Pusat Penyelidikan Nokia yang merupakan makmal-makmal penyelidikan perindustrian mempunyai banyak tapak di Helsinki dan di Cambridge, MA, Amerika Syarikat.

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.