Sony/ATV Music Publishing

Sony Music Publishing
Nama dahuluSony/ATV Music Publishing
Jenis/bentuk sahSyarikat liabiliti terhad
IndustriPenerbitan muzik
PendahuluNorthern Songs 
Ditubuhkan1995 (1995)
PengasasMichael Jackson
Ibu pejabat550 Madison Avenue, New York City, New York, Amerika Syarikat
Tokoh pentingMichael Jackson
Martin Bandier
(Pengerusi dan CEO)
PerkhidmatanPenerbitan muzik
PemilikSony Corporation
Syarikat indukSony Entertainment Inc.
Anak syarikatEMI Music Publishing
Extreme Music
APM Music
Tapak webwww.sonymusicpub.com

sunting ยท sunting di Wikidata

Sony Music Publishing (dahulunya dikenali sebagai Sony/ATV Music Publishing) ialah sebuah syarikat penerbitan muzik Amerika yang dimiliki oleh Sony Entertainment. Syarikat ini dibentuk pada 1995 dengan penggabungan Sony Music Publishing dan ATV Music, yang dimiliki oleh penghibur Michael Jackson. Jackson telah membeli ATV Music, yang termasuk katalog lagu Lennon-McCartney, pada tahun 1985.

Pada tahun 2012, konsortium pelabur yang diketuai oleh Sony/ATV Music Publishing memperoleh EMI Music Publishing untuk menjadi pentadbir penerbitan muzik terbesar di dunia, dengan perpustakaan lebih daripada tiga juta lagu. Pada 2016, Sony membeli kepentingan 50% milik Jackson di Sony/ATV.