Som tam
| salad betik hijau | |
|---|---|
Hidangan salad betik mentah, kacang tanah, cili, pla ra, ketam, plum, dan limau | |
| Jenis | Salad |
| Tempat asal | Laos |
| Bahan utama | Betik mentah |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Som tam (Jawi: سوم تم) atau kerabu betik muda ialah salad pedas yang diperbuat daripada hirisan betik mentah. Hidangan ini dipercayai berasal dari Laos, akan tetapi dipopularkan oleh masakan Thailand, dan lazim disajikan di Asia Tenggara. Hidangan ini dikenali dengan pelbagai nama, di Laos ia disebut tam som (Bahasa Laos: ຕໍາສົ້ມ) atau tepatnya tam maak hoong (Bahasa Laos: ຕໍາໝາກຫຸ່ງ, Lao pronunciation: [tàm.ma᷆ːk.hūŋ]), di Thailand ia dikenal sebagai som tam (Bahasa Thai: ส้มตำ, disebut [sôm tam]), di Kemboja disebut bok l'hong (Khmer: បុកល្ហុង, pronounced [ɓok lhoŋ]), dan di Vietnam disebut gỏi đu đủ.