Betik

Betik
Lukisan pokok betik dari buku
Köhler's Medizinal-Pflanzen (1887)

Kekurangan data  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Carica
Spesies:
C. papaya
Nama binomial
Carica papaya

Betik, katis, ketela, ketelah, ketalah, pepaya atau kepaya (nama botani: Carica papaya) merupakan spesies tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan dan Amerika Tengah, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara.

Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk, daun muda dan bunga betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.