Soju
Penuangan soju ke dalam cawan soju | |
| Jenis | Minuman keras |
|---|---|
| Negara asal | Korea |
| Wilayah asal | Andong |
| Alkohol mengikut isi padu | 16.8–53% |
| Warna | Jernih |
| Bahan-bahan | Beras |
| Produk berkaitan | baijiu, shōchū |
Soju ([so-ju]; 소주; 燒酒 [so.dʑu], "arak bakar") ialah sejenis minuman keras jernih dan tersuling yang berasal dari Korea. Kebanyakan jenama soju lazimnya dihasilkan di Korea Selatan dan biasanya diperbuat daripada beras, gandum atau barli melalui proses penapaian dan seterusnya penyulingan. Meskipun begitu, sesetengah soju pada zaman kini dihasilkan daripada sumber kanji lain seperti kentang dan ubi keledek, serta "soju buah", soju dengan perisa buah-buahan. Kandungan alkohol dalam soju per isi padu berjulat dari 16.8% ke 53%.