Soh Chin Ann
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Soh Chin Ann | ||
| Tarikh lahir | 28 Julai 1950 | ||
| Tempat lahir | Alor Gajah, Melaka, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Pemain pertahanan | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1969 | Melaka | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1969–1970 | Melaka | ||
| 1971–1978 | Selangor | ||
| 1979–1985 | Melaka | ||
| 1988 | Melaka | ||
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1969–1984 | Malaysia | 195 | (13) |
| Pasukan diurus | |||
| 1989 | Melaka | ||
| 2007 | Malaysia B-23 (Pengurus) | ||
| 2008–2009 | Malaysia (Pengurus) | ||
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Yang Berbahagia Datuk Wira Soh Chin Ann (Cina ringkas: 苏进安; Cina tradisional: 蘇進安; pinyin: Sū Jìn'ān; juga dikenali sebagai Tauke oleh peminatnya; lahir 28 Julai 1950) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia, berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Ann merupakan rakan seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam. FIFA, RSSSF dan IFFHS mengiktiraf Chin Ann selaku pemain paling banyak bermain perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.