Soh Chin Ann

Yang Berbahagia Datuk Wira
Soh Chin Ann
苏进安
DCSM (Melaka); DSIS (Selangor);
DIMP (Pahang); AMN (Malaysia)
Maklumat peribadi
Nama penuh Soh Chin Ann
Tarikh lahir (1950-07-28) 28 Julai 1950
Tempat lahir Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Posisi permainan Pemain pertahanan
Kerjaya remaja
1969 Melaka
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1969–1970 Melaka
1971–1978 Selangor
1979–1985 Melaka
1988 Melaka
Pasukan kebangsaan
1969–1984 Malaysia 195 (13)
Pasukan diurus
1989 Melaka
2007 Malaysia B-23 (Pengurus)
2008–2009 Malaysia (Pengurus)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Yang Berbahagia Datuk Wira Soh Chin Ann (Cina ringkas: 苏进安Cina tradisional: 蘇進安pinyin: Sū Jìn'ān; juga dikenali sebagai Tauke oleh peminatnya; lahir 28 Julai 1950) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia, berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Ann merupakan rakan seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam. FIFA, RSSSF dan IFFHS mengiktiraf Chin Ann selaku pemain paling banyak bermain perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.