Sluha Narodu

Sluha Narodu
GenreSatira politik
komedi
PenciptaVolodymyr Zelensky
Dibintangi oleh
  • Volodymyr Zelensky
  • Stanislav Boklan
  • Olena Kravets
  • Jury Krapov
  • Mykhailo Fatalov
  • Oleksandr Pikalov
  • Eugene Koshovyi
  • Viktor Saraykin
  • Natalia Sumska
  • Kateryna Kisten
Penggubah lagu tema
Dmytro Shurov
Penggubah
  • Andriy Kiryuschenko
Negara asalUkraine
Bahasabahasa Rusia
Bilangan musim3
Bilangan episod51
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
LokasiKyiv, Ukraine
Tempoh siaran40—90 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asal1+1
Format gambar1080i (16:9 HDTV)
Siaran asal16 November 2015 (2015-11-16) – 28 Mac 2019 (2019-03-28)
Pautan luar
[1plus1.ua Laman sesawang]

Sluha Narodu (Bahasa Ukraine: Слуга народу, Rusia: Слуга народа, rumi: Sluga Naroda - "Hamba Rakyat" atau "Khadam Rakyat", tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Servant of the People) ialah sebuah siri televisyen satira politik dari Ukraine tahun 2015. Kisah ini mengisahkan seorang guru sejarah (lakonan Volodymyr Zelensky) yang banyak mendapat perhatian kerana keluhannya terhadap keadaan rasuah di Ukraine yang terakam lalu menular di serata Internet sehingga menawan para pengundi di negara itu memnagkan beliau sebagai Presiden Ukraine.

Kemasyhuran siri ini semakin membuak sehingga para kru produksinya sendiri digesa terlibat dalam politik negara Ukraine - sebuah parti politik didasarkan siri ini didaftarkan oleh Kementerian keadilan Ukraine pada 31 Mac 2018, Volodymyr Zelensky yang memainkan pelakon utama turut memenangi undi sebagai Presiden Ukraine dalam pilihan raya presiden negara tersebut yang berlangsung bulan April 2019.