Slobodan Praljak

Slobodan Praljak
Praljak in 2013
Kelahiran(1945-01-02)2 Januari 1945
Čapljina, Kerajaan Beraja Yugoslavia
Meninggal dunia29 November 2017(2017-11-29) (umur 72)
The Hague, Belanda
Kesetiaan Croatia
 Republik Croat Herzeg-Bosnia
PerkhidmatanTentera Darat Croatia
Majlis Pertahanan Croatia
Tahun perkhidmatan1991–1995
PangkatJeneral
Pertempuran
PasanganKaćuša Babić
Tugas lainProfesor, pengarah filem dan panggung, ahli perniagaan, penulis
Laman webslobodanpraljak.com
Sebab kematianMembunuh diri dengan meminum racun

Slobodan Praljak (disebut [slobǒdan prǎːʎak]; 2 Januari 1945 – 29 November 2017) adalah seorang jeneral Croat Bosnia yang berkhidmat di dalam Tentera Darat Croatia dan Majlis Pertahanan Croatia, sebuah cabang tentera darat bagi Republik Herzeg-Bosnia Croatia, antara tahun 1992 sehingga 1995. Praljak telah didapati bersalah melanggar undang-undang perang, jenayah menentang kemanusiaan dan melanggar Konvesyen Geneva semasa Perang Bosniak-Croat oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa ke atas bekas Yugoslavia (ICTY) pada tahun 2017.

Praljak secara sukarela telah menyertai Angkatan Tentera Croatia yang baru dibentuk selepas meletusnya Perang Kemerdekaan Croatia pada tahun 1991. Selepas dan selepas perang, beliau merupakan seorang jurutera, seorang pengarah TV dan panggung, selain juga seorang ahli perniagaan. Praljak telah dituduh, secara sukarela menyerah diri kepada ICTY pada tahun 2004. Pada tahun 2013, beliau disabitkan bersalah atas dakwaan jenayah perang ke atas penduduk Muslim Bosnia semasa Perang Bosniak-Croat disamping lima orang lagi pegawai Croat Bosnia, dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara. Setelah mendengar penghakiman bersalah yang dijalankan pada bulan November 2017, Praljak mengatakan bahawa beliau menolak keputusan mahkamah, dan membunuh diri dengan meminum racun dalam bilik mahkamah.