Sitti Nurbaya

Sitti Nurbaya
Umum
PengarangMarah Roesli
Tajuk asal
Siti Nurbaya: Kasih Tak Sampai
NegaraIndonesia
BahasaBahasa Melayu baku Indonesia
GenreNovel
Penerbitan
PenerbitBalai Pustaka
Tarikh penerbitan
1922
Jenis media
Cetakan
Halaman291 (cetakan ke-45)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-979-407-167-0 (45th printing)
OCLC436312085

Sitti Nurbaya (Jawi: سيتي نوربايا) ialah sebuah novel Indonesia hasil karya Marah Roesli yang diterbitkan oleh Balai Pustaka di era 1930-an. Latar belakang novel ini ialah adat budaya Minangkabau di Padang. Ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih, Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang gagal kerana keadaan dan budaya pada masa itu, lagi-lagi dengan perkahwinan paksa dikenakan orangtua Siti dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Novel ini banyak mengkritik adat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Sumatera. Ia turut menyentuh soal-soal perkahwinan dalam masyarakat. Pada 17 Ogos 1969, kerajaan Indonesia memberi Hadiah Tahunan kepada pengarang novel ini. Sebuah jambatan di Padang telah dinamakan Jambatan Siti Nurbaya.