Marah Roesli
Marah Roesli | |
|---|---|
Marah Roesli, 1954 | |
| Lahir | Marah Roesli 7 Ogos 1889 Padang, Sumatera Barat |
| Meninggal dunia | 17 Januari 1968 Bandung, Jawa Timur |
| Bahasa | Indonesia |
| Warganegara | Indonesia |
| Warganegara | Indonesia |
| Genre | Puisi |
| Subjek | Sastera |
| Karya terkenal | Sitti Nurbaya (1920) |
Marah Roesli bin Abu Bakar (7 Ogos 1889 - 17 Januari 1968) adalah pengasas novel moden Indonesia. Beliau dari generasi pengarang Balai Pustaka.
Namanya terkenal kerana novel percintaan Sitti Nurbaya yang diterbitkan pada tahun 1920, karya itu sendiri merupakan perintis format sastera novel ini dalam sejarah kesusasteraan Indonesia sehingga pengulas sastera hebat Hans Bague Jassin menjoloknya sebagai "Bapa Novel Indonesia Moden"; kesusasteraan prosa di Indonesia lebih serupa dengan cerita-cerita rakyat sebelum ini. Beliu turut tergolong bersama seberapa pengarang Minangkabau lain, seperti Hamka, Ali Akbar Navis, dan Abdul Muis yang banyak menulis novel dengan latar belakang kemiskinan dan tanggapan mereka terhadap budaya semasa masyarakat Minangkabau, Sumatera yang dianggap mereka semakin "muflis".