Siti Tanjung Perak
Siti Tanjung Perak | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Sundari binti Samad 1912 |
| Meninggal dunia | 6 Ogos 1992 (berumur 79–80) |
| Sebab kematian | Sakit tua |
| Warganegara | Indonesia |
| Nama lain | Mak Iti |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1947–1974 |
| Majikan | Malay Film Productions Cathay-Keris Film Productions |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 5 |
Siti Sundari Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak (1912 – 6 Ogos 1992) merupakan seorang pelakon wanita Singapura kelahiran Indonesia. Beliau bergiat aktif dalam bidang lakonan di Singapura dan Malaysia pada dekad 1950-an dan 1970-an. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan melakonkan watak jahat atau antagonis.