Siti Nurhaliza Live In Concert 2004

Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
Konsert jelajah oleh Siti Nurhaliza
Poster promosi konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004
LokasiMalaysia
Indonesia
JelajahSiti Nurhaliza Fantasia Tour
Album berkaitanSiti Nurhaliza II, Cindai, Pancawarna, E.M.A.S, Prasasti Seni
Tarikh
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 merupakan konsert solo kelima oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini merupakan konsert jelajah pertama beliau di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia dan jumlah keseluruhan penonton yang hadir lebih dari sejuta penonton dan itu adalah jumlah kehadiran penonton paling terbesar di dalam sejarah konsert di negara Malaysia. Konsert ini juga diadakan empat bulan selepas Siti melancarkan album ke-10 beliau, Prasasti Seni.