Sirascakera
Patung Buddha bercakera besar di Gandhara bertarikh abad pertama ke-2 M, dipamer Muzium Kebangsaan Tokyo
Gambaran Maria bercakera terang lukisan Leopold Kupelwieser tahun 1836 untuk hiasan Gereja Petrus di Vienna, Austria
Sirascakera (juga: sirascakra, Sanskrit: शिरश्चक्र, rumi: śiraścakra "cakera kepala"; Cina Tradisional: 頭光, Cina Ringkas: 头光, pinyin: tóuguāng "cahaya kepala") ialah motif lingkaran di belakang kepala patung sesebuah tokoh yang melambangkan kemuliaan peribadi tokoh digambarkan.
Ia lazim dalam patung-patung gambaran Gautama Buddha, budisatwa yang secerah malah sami biku tertentu yang melambangkan jiwa yang dikatakan bercahaya serupa matahari, mahupun dari luas mandala dan kuasanya. Ia juga boleh didapati pada gambaran tokoh-tokoh penting dalam agama Kristian (Latin: nimbus, lit. 'awan hujan', Yunani Purba: ἅλως hálōs 'cakera') melambangkan kesucian.