Siput belalai gajah

Siput belalai gajah
Spesimen Panopea generosa yang hidup
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Order: Adapedonta
Keluarga: Hiatellidae
Genus: Panopea
Spesies:
P. generosa
Nama binomial
Panopea generosa
Gould, 1850

Siput belalai gajah atau siput belalai (bahasa Inggeris: geoduck disebut [ˈɡuːiˌdʌk terdekat gui.dak]; nama saintifik: Panopea generosa) ialah spesies kerangan dalam keluarga Hiatellidae yang bertaburan di perairan dan pantai British Columbia barat Kanada dan Washington barat laut Amerika Syarikat.

Haiwan ini dikenali kerana bentuknya yang berotot besar menonjol melangkaui badan asal. Ia juga merupakan haiwan jenis kepah penggali terbesar malah antara yang paling lama hidup dengan jangka hayat 140 tahun; yang tertua telah dicatatkan pada usia 168 tahun.