Bivalvia

Bivalvia (Dwicangkerang)
Julat zaman: Kambria awal – kini
Acephala dari Kunstformen der Natur Ernst Haeckel, 1904
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Bivalvia

Subkelas

lihat teks

Bivalvia adalah kelas dalam moluska yang mencakupi semua kerang-kerangan: memiliki sepasang cengkerang (nama "bivalvia" bererti dwicangkerang). Nama lainnya adalah Lamellibranchia, Pelecypoda, atau bivalva. Ke dalam kelompok ini termasuk berbagai kerang, kupang, etok, remis, kijing, lokan, kapis, tiram, serta kima; meskipun kelainan di dalam bivalvia sebenarnya sangat luas.

Kerang-kerangan banyak bermanfaat dalam kehidupan manusia sejak zaman purba. Dagingnya dimakan sebagai sumber protein. Cangkerangnya dimanfaatkan sebagai perhiasan, bahan kerajinan tangan, bekalan kubur, serta alat pembayaran (bahan mata wang) pada masa lampau. Mutiara dihasilkan oleh beberapa jenis tiram. Pemanfaatan moden juga menjadikan kerang-kerangan sebagai biofilter terhadap pencemaran.