Simposium

Dalam suatu keramaian yang lazim dalam kalangan masyarakat Yunani Purba, diadakan suatu jamuan minum diiringi dengan muzik, tarian, bacaan atau perbualan diadakan selepas makan iaitu symposion (Yunani: συμπόσιον symposion "perseminuman" terbitan kata kerja συμπίνειν sympinein, "minum bersama"; Latin: symposium). Karya sastera yang menerangkan atau mengambil tempat di simposium termasuk dua dialog Sukrat, Aflatun dan Iksinufun, serta beberapa puisi Yunani seperti elegi Theognis dari egara. Simposium digambarkan dalam seni Yunani dan Etruria yang menunjukkan adegan yang serupa.

Temasya ini setaraf convivium dalam masyarakat Rumawi Purba.