Xenophon

Xenophon (Yunani Purba Ξενοφῶν, Xenophōn; Greek moden Ξενοφών, Ksenofon; Ξενοφώντας, Ksenofontas; c. 430 – 354 SM), anak lelaki kepada Gryllus, dari deme Erchia di Athens, juga dikenali sebagai Xenophon dari Athens, adalah seorang sejarawan, askar, tentera upahan dan anak didik pengikut Sokrates yang berasal dari Yunani. Beliau dikenali kerana penulisan berkenaan sejarah pada zaman beliau, iaitu kurun ke-4 SM, memulihara kata-kata Socrates, dan gaya hidup masyarakat Yunani Purba.