Tapah wels
| Tapah wels | |
|---|---|
| Berdekatan Leipzig, Jerman | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Siluriformes |
| Keluarga: | Siluridae |
| Genus: | Silurus |
| Spesies: | S. glanis
|
| Nama binomial | |
| Silurus glanis Linnaeus, 1758
| |
| Julat tapah wels. Merah: penempatan asal. Biru: penempatan di perairan pesisir. Jingga: diperkenal | |
Tapah wels atau keli wels (Silurus glanis) ialah spesies keli yang berasal dari kawasan timur, selatan dan tengah Eropah, di lembangan Laut Hitam, Baltik dan Kaspia. Ia telah diperkenalkan ke Eropah Barat sebagai ikan sukan yang berharga dan sekarang dijumpai dari United Kingdom ke timur hingga Kazakhstan dan China, dan selatan hingga Yunani dan Turkiye. Tapah wels ialah ikan air tawar terbesar di Eropah. Tapah wels terpanjang yang dicatatkan ialah spesimen yang tidak ditimbang dari sungai Po di Itali, berukuran 2.85 m (9.4 ka), ditangkap pada 2023.