Siklon Nargis

16°03′01″N 94°48′32″E / 16.05028°N 94.80889°E / 16.05028; 94.80889

Ribut Siklon Amat Kencang Nargis
Ribut siklon yang terlalu teruk (skala IMD)
Siklon tropika kategori 4 (SSHWS)
Siklon Nargis pada 1 Mei
Terbentuk27 April 2008
Reda3 Mei 2008
Angin terkuat3 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj)
1 minit berterusan: 215 km/j (135 bpj)
Tekanan terendah962 hPa (mbar); 28.41 inHg
Kematian146,000 (jangkaan).
Kerosakan$10 bilion (2008 USD)
Kawasan terjejasMyanmar, Sri Lanka, India, Bangladesh
Sebahagian daripada Musim siklon Lautan Hindi Utara 2008

Siklon Nargis (Penamaan JTWC: 01B, juga dikenali sebagai Very Severe Cyclonic Storm Nargis) ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 146 ribu orang terkorban dan ribuan lagi masih hilang. Bagaimanapun, Perbandaran Labutta sahaja dilaporkan kehilangan 80,000 nyawa dan sesetengah pihak menganggarkan jumlah kematian pastinya melebihi 100,000. Kerosakan pula dianggarkan sebanyak $10 bilion (USD), yang menjadikannya siklon paling mahal pernah terjadi di lembangan ini.

Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling besar sepanjang sejarah, mengekori Taufan Nina. Termasuk ribut tanpa nama, Nargis ialah siklon ke-8 paling teruk sepanjang sejarah. Nargis ialah ribut tropika pertama yang melanda Myanmar sejak Siklon Mala menemui daratan pada tahun 2006.

Nama siklon "Nargis" (نرگس IPA: [næɵr-ɡɵs]), merupakan perkataan Parsi yang bermaksud bunga dafodil, namun perkataan itu dipinjam oleh bahasa Urdu dan siklon itu dinamakan dari bahasa Urdu.

Ribut bernama pertama dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2008 ini berkembang pada 27 April di pusat Teluk Benggala. Mula-mulanya Nargis perlahan-lahan menuju ke arah barat laut, dan setelah menemui keadaan yang menggalakkan, maka ribut itu semakin kuat. Udara kering melemahkan siklon itu pada 29 April, namun selepas mula bergerak ke arah timur Nargis cepat bertambah kencang agar mencapai angin kemuncak sekurang-kurangnya 165 km/j (105 bsj) pada 2 Mei; Pusat Amaran Taufan Bersama menilai angin kemuncak sebanyak 215 km/j (135 bsj). Siklon itu menuju ke daratan di Bahagian Ayeyarwady di Myanmar apabila semakin mencapai kekencangan kemuncak dan, selepas menghampiri bandar raya utama Yangon, ribut itu beransur lemah sehingga lesap berhampiran sempadan Myanmar-Thailand.