Sibu Jaya

Sibu Jaya
Perbandaran
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 2°14′25″N 111°58′17″E / 2.240285°N 111.971338°E / 2.240285; 111.971338
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSibu
Keluasan
 • Jumlah500 ha (1,200 ekar)
Penduduk
 • Anggaran 
(2020)
35,000

Sibu Jaya ialah sebuah perbandaran di Daerah Sibu, Sarawak, Malaysia, iaitu kira-kira 25 kilometer dari Bandar Sibu. Ia mempunyai keluasan 1,200 ekar (490 hektar); jumlah penduduk adalah kira-kira 25,000 orang dan terdiri dari bangsa Iban, Melayu, Cina dan Orang Ulu. Sibu Jaya dibangunkan bersama oleh Amcorp Properties Berhad, sebuah syarikat pemaju, dengan Perbadanan Pembangunan Perumahan, sebuah agensi kerajaan Malaysia sejak tahun 1995. Sibu Jaya adalah di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.