Bahagian Sibu
Bahagian Sibu بهاڬين سيبو | |
|---|---|
Lokasi Bahagian Sibu di Sarawak | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Pusat pentadbiran | Sibu |
| Daerah | |
| Pentadbiran | |
| • Residen | Charles Siaw |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 8,278.30 km2 (3,196.27 batu persegi) |
| Penduduk (2016) | |
| • Jumlah | 303,300 |
| • Kepadatan | 37/km2 (95/batu persegi) |
Bahagian Sibu (Jawi: بهاڬين سيبو) ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi). Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau. Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.