Shivaji

Shivaji Bhosle
Chhatrapati
Pemerintahan1664 - 1680
Pertabalan6 Jun 1674
GelaranPelindung Agung Empayar Maratha
Tempat keputeraanKubu Shivneri, Kesultanan Ahmadnagara (Maharashtra, India moden)
PenggantiSambhaji
IsteriSai bai
Soyarabai
Putalabai
Kashibai
Sagunabai
Manjulabai
Sakavaarbai
Gunvantibai
AnakandaSambhaji, Rajaram, dan enam putri
AyahandaShahaji
BondaJijabai
AgamaHinduism

Shivaji Bhosale (Bahasa Marathi: शिवाजी भोसले 19 Februari 1627-3 April 1680) atau nama dirajanya Chhatrapati Shivaji Maharaj (Bahasa Marathi: छत्रपती शिवाजी महाराज) adalah pengasas Empayar Maratha. Ayahandanya Shahaji panglima bangsa Marathi yang berkhidmat di bawah kerajaan-kerajaan Bijapur Adilsyah, Dakkan dan Mughal.

Baginda meluaskan kekuasaan baginda memberontak dari kerajaan Adilsyah demi mengembalikan kegemilangan zaman Vijayanagara sehingga berhasil menguasai banyak wilayah di barat tanah India sekemuncak pemerintahannya. Baginda menyemarakkan adat dan budaya bangsanya menggiatkan bahasa Marathi dan Sanskrit sebagai bahasa rasmi kerajaan menggantikan bahasa Parsi serta membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat dari varna paling rendah ke kaum wanita serta penganut Islam dan orang Eropah bekerja dalam pemerintahan kerajaan baginda.

Baginda disanjung pemerintah negeri Maharashtra yang mentarikhkan 19 Februari sebagai cuti negeri meraikan keputeraan baginda (Shivaji Jayanti).