Orang Marathi

Orang Marathi
मराठी लोक
Marāṭhī lōka
Pengantin perempuan Marathi dalam pakaian tradisional
Jumlah penduduk
s. 83 million
Kawasan ramai penduduk
 India82,801,140 (2011)
 Amerika Syarikat127,630
 Israel60,000 (Bene Israel)
 Australia13,055
 Kanada9,755
 Pakistan500
Bahasa
Marathi
Agama
Majoriti:
Hinduisme
Minoriti:
Kumpulan etnik berkaitan
Lain-Lain Orang-orang Indo-Arya

Orang Marathi (/məˈrɑːti/; Marathi: मराठी लोक, Marāṭhī lōk) atau Marathis (Marathi: मराठी, Marāṭhī) ialah satu Kumpulan etnolinguistik Indo-Arya yang berasal dari negeri Maharashtra di India barat. Mereka menggunakan bahasa Marathi sebagai bahasa ibunda, iaitu sebuah bahasa dalam rumpun bahasa Indo-Arya.

Istilah "Maratha" secara amnya digunakan oleh sejarawan untuk merujuk kepada semua orang yang bertutur dalam bahasa Marathi tanpa mengira kasta mereka; namun, istilah ini juga boleh merujuk kepada satu kasta dalam masyarakat Maharashtrian yang dikenali sebagai Maratha, yang turut merangkumi subkasta petani seperti Kunbi.

Komuniti Marathi muncul sebagai kuasa politik yang penting pada abad ke-17 apabila Empayar Maratha diasaskan oleh Shivaji pada tahun 1674.