Shinhwa
Shinhwa | |
|---|---|
Shinhwa at KCON 2015 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Korea Selatan |
| Genre |
|
| Tahun aktif | 1998–sekarang |
| Diskografi | Lihat: Shinhwa discography (en) |
| Syarikat rakaman | SM Entertainment (1998–2003) Good Entertainment (2004–2008) Shinhwa Company (2011–present) |
| Kegiatan berkaitan | Battle |
| Anggota semasa | Eric Mun Lee Min-woo Kim Dong-wan Shin Hye-sung Jun Jin Andy Lee |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | Shinhwa Company |
| Pautan lain | |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Sinhwa |
| McCune–Reischauer | Sinhwa |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Templat:Artis berkumpulan Korea
Shinhwa (Korea: 신화; Hanja: 神話) adalah sebuah kumpulan penyanyi idol Korea Selatan yang berpangkalan di Seoul dan mempunyai enam anggota terdiri daripada Eric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shi Hye-sung, Jun Jin dan Andy Lee. Dilancarkan oleh SM Entertainment pada 24 Mac 1998, kumpulan ini menandatangani kontrak dengan Good Entertainment pada 2004 sebelum mewujudkan syarikat sendiri, Shinhwa Company yang menguruskan karier mereka sebagai kumpulan. Kumpulan ini pada awalnya bergelut dengan album pertama mereka sebelum mencapai kejayaan komersial dengan album kedua mereka berjudul T.O.P (April 1999). Apabila kontrak mereka dengan SM Entertainment tamat pada Julai 2003, kesemua enam anggota menandatangani kontrak dengan Good Entertainment dan mengambilalih kawalan kreatif dengan pelancaran lagu Brand New (Ogos 2004). Pada tahun yang sama, mereka mula untuk meneruskan karier solo.
Setelah empat tahun terhenti kerana kebanyakan ahli melengkapkan khidmat tentera mereka, keenam-enam anggota menubuhkan Shinhwa Company yang membantu menguruskan mereka sebagai kumpulan. Pelancaran album kesepuluh mereka berjudul The Return (2012) membuatkan mereka sebagai kumpulan idol lelaki pertama di Korea Selatan untuk meneruskan kerjaya selepas tamat khidmat tentera. Shinhwa juga merupakan kumpulan K-pop idol pertama yang berjaya meneruskan karier yang cemerlang selepas meninggalkan agensi pertama mereka, walaupun beberapa tahun bergelut di mahkamah dengan SM Entertainment untuk hak cipta nama "Shinhwa". Sepanjang karier mereka selama 20 tahun, Shinhwa telah menghasilkan 13 album studio Korea, sebuah album Jepun dan pelbagai album kompilasi.
Kumpulan ini adalah kumpulan penyanyi lelaki paling lama bertahan dalam sejarah K-pop dan seringkali dirujuk sebagai sebahagian daripada generasi pertama K-pop, di samping kumpulan H.O.T, S.E.S, G.o.d, Fin.K.L antara lain. Kerjaya dan dirgahayu mereka menjadi pengaruh kepada bakal kumpulan-kumpulan K-pop idol, menjurus ramai orang untuk menggambarkan kumpulan tersebut sebagai legenda.