Shin Megami Tensei

Shin Megami Tensei
PembangunAtlus
PenerbitAtlus
PelantarSuper Famicom, PC, Sega CD, PlayStation, GBA, Virtual Console, TurboGrafx-16
Dilancarkan pada1992, 1993, 1994
GenreRPG
ModPemain tunggal
Pautan luar
Tapak sesawangatlus.co.jp…
sunting · sunting di Wikidata

Shin Megami Tensei (真・女神転生, "Dewi Kelahiran Semula Sebenar") merupakan sebuah judul permainan video berperanan oleh Atlus yang dikeluarkan pada 30 oktober, 1992 untuk beberapa platform. Judul ini asalnya dikeluarkan untuk Super Famicom dan kemudiannya dikeluarkan pada CD Sega. Shin Megami Tensei kemudian diterbitkan semula untuk konsol PlayStation dan Game Boy Advance untuk meningkatkan lagi populariti judul Shin Megami Tensei III. Judul ini merupakan permainan video MegaTen. sebuah judul sambungan kepada Shin Megami Tensei, iaitu 'Shin Megami Tensei II, dikeluarkan pada tahun 1994 dan sambungan kedua iaitu Shin Megami Tensei III: Nocturne dikeluarkan pada tahun 2003.

Judul-judul sampingan termasuklah Persona, Devil Summoner, serta siri Digital Devil Saga.

Rom versi SNES judul ini diterjemah oleh Aeon genesis Translations pada tahun 2002.. Namun begitu, penterjemahan rasmi belum lagi diterbitkan.