Shenyang J-15

J-15
歼-15
Peranan Pesawat MRCA berpangkalan di atas kapal pengangkut
Negara pengeluar  Republik Rakyat China
Pengeluar Shenyang Aircraft Corporation
Direka oleh Sun Cong
Penerbangan sulung 31 Ogos, 2009
Mula digunakan 2013
Status Masih dikeluarkan, khidmat aktif
Pengguna utama Pasukan Udara Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Jumlah dibina 24+
Dibangunkan dari Sukhoi Su-33 (structural)
Shenyang J-11B

Shenyang J-15 (Chinese: 歼-15), juga dikenali sebagai Jerung Terbang (Cina ringkas: 飞鲨, Fēishā), adalah sebuah pesawat pejuang yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation dan Institut 601 untuk Tentera Pembebasan Rakyat. Awalnya, mengikut khabar angin mendakwa pesawat merupakan versi separa-halimunan, tetapi kemudian ia didapati adalah sebuah pesawat terbitan buatan Soviet iaitu Sukhoi Su-33 yang dipasang dengan radar, enjin dan persenjataan buatan China. Sebuah prototaip Su-33 yang tidak siap, T-10K-3, telah diperolehi daripada Ukraine pada tahun 2001 dan dikatakan telah dikaji dengan mendalam oleh China, yang mana selepas itu berjaya menghasilkan pesawat J-15. Meskipun struktur pesawat J-15 adalah berdasarkan Su-33, pesawat ini banyak menggunakan teknologi buatan tempatan bersumberkan program J-11B.