Sukhoi Su-33
| Sukhoi Su-33 | ||
|---|---|---|
| Pesawat Su-33 di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov | ||
| Penerangan | ||
| Jenis | Pesawat Tempur Pelbagai Peranan | |
| Pengeluar | Sukhoi | |
| Penerbangan sulung | Mei 1985 | |
| Pengguna pertama | Tentera Laut Rusia | |
| Variasi | Dibangunkan dari Sukhoi Su-27 | |
| Krew | 1 | |
| Jumlah dibina | 24+ | |
| Status | Aktif | |
| Dimensi | ||
| Panjang | 21.94 m | |
| Tinggi | 5.93 m | |
| Rentas sayap | 7.40 m (dilipat), 14.70 m (normal) | |
| Luas sayap | 62 m² | |
| Berat | ||
| Berat tanpa muatan | 18,400 kg | |
| Berat muatan penuh | 29,940 kg | |
| Berat berlepas maksimum | 33,000 kg | |
| Janakuasa | ||
| Enjin | 2× Lyulka AL-31F kipas turbo lepas pembakaran | |
| Tujahan maksimum | 123 kN setiap enjin | |
| Persenjataan | ||
| Meriam | 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 150 butir peluru | |
| Bom | Sehingga 6,500 kg persenjataan di 12 tenggekan luar termasuk : Peluru berpandu udara-ke-udara R-27/R-73 Pelbagai bom dan roket Pod ECM | |
| Prestasi | ||
| Kelajuan maksimum | Mac 2.17 (2,300 km/j) di altitud 10,000 m | |
| Kelajuan menegun (bersih) | 240 km/j | |
| Jarak tempur | 3,000 km | |
| Altitud tertinggi | 17,000 m | |
| Kadar panjat | 325 m/s | |
Sukhoi Su-33 (nama pengenalan NATO Flanker-D) adalah sebuah pesawat tempur pelbagai peranan di atas kapal pengangkut pesawat yang dikeluarkan oleh firma Sukhoi, Rusia bermula pada tahun 1982. Ia adalah terbitan daripada pesawat Su-27 'Flanker' yang pada mulanya dikenali sebagai Su-27K. Perbezaan utamanya berbanding dengan pesawat Su-27 adalah pesawat Su-33 boleh dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Tidak seperti pesawat Su-27, pesawat Su-33 dilengkapkan dengan keupayaan untuk mengisi minyak di udara.