Shche ne vmerla Ukraina

Shche ne vmerla Ukraina
Shche ne vmerla Ukraina

National anthem  Ukraine
LirikPavlo Chubynsky, 1862
MuzikMykhailo Verbytsky, 1863
Diguna pakai15 Januari 1992 (musik)
6 Mac 2003 (lirik)
Sampel audio
Shche ne vmerla Ukraina (instrumental)
  • fail
  • bantu

Shche ne vmerla Ukraina (Bahasa Ukraine: Ще не вмерла Україна, "Takkan mati Ukraine") merupakan lagu kebangsaan bagi negara Ukraine (seperti pada tajuk rasminya dalam Bahasa Ukraine: Державний гімн України Derzhavnyi himn Ukrainy).

Mykhailo Verbytsky
Pavlo Chubynsky

Senikatanya muncul dahulu pada musim luruh 1862 dikarang Pavlo Chubynsky terilham mendengarkan Hej, Sloveni dinyanyikan beberapa pelajar Serbia yang berkumpul sebilik di sebuah bangunan kediaman di Kyiv, beliau juga barangkali terilham dari Mazurek Dąbrowskiego antara nyanyian pembakar semangat saat Poland bertegang dengan Empayar Rusia mahu memberontak menegakkan kembali Komanwel Poland–Lithuania. Sajak ini terbit dalam makalah Meta di kota Lviv tahun 1863 beralat nama Taras Shevchenko; ia mendapat perhatian Mykhailo Verbytsky, seorang paderi Katolik Yunani yang menggubah muzik iringan sajak tersebut. Ia mula dinyanyikan kepada orang ramai di Panggung Bicara Ukraine di Lviv pada 1864, lembaran muziknya terbit umum pada tahun berikutnya.

Lagu ini hanya mula dijadikan lagu kebangsaan rasmi sejurus pembentukan Republik Rakyat Ukraine tahun 1917. Selepas merdekanya dari Kesatuan Soviet, lagu kebangsaan ini diisytiharkan de facto semasa pelantikan Presiden pertama negara tersebut, Leonid Kravchuk, pada 5 Disember 1991. Ia hanya diiktiraf secara rasmi dalam Perlembagaan Ukraine secara berperingkat: rincian gubahan muziknya termaktub pada 28 Jun 1996 manakala senikatanya ditetapkan secara rasmi pada 6 Mac 2003.