Taras Shevchenko
Taras Shevchenko | |
|---|---|
Gambar oleh Andrey Denyer, s. 1859 | |
| Nama asal | Тарас Григорович Шевченко |
| Lahir | 9 Mac [G.L.: 25 Februari] 1814 Moryntsi, Gabenorat Kiev, Empayar Rusia |
| Meninggal dunia | 10 Mac [G.L.: 26 Februari] 1861 (umur 47) Saint Petersburg, Empayara Rusia |
| Tempat pengebumian | "Bukit Taras", Kaniv, Ukraine |
| Nama pena | Kobzar Darmohrai, Perebendya |
| Pekerjaan | Seniman |
| Bahasa |
|
| Pendidikan | Akademi Seni Imperial |
| Alma mater | Akademi Seni Imperial |
| Tempoh | 1840–1861 |
| Karya terkenal | Kobzar |
| Tandatangan | |
| Kerjaya ketenteraan | |
| Kesetiaan | Empayar Rusia |
| Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Rusia |
| Tahun perkhidmatan | 1847–1857 |
| Pangkat | Prebet |
| Unit | Orsk (1847–1850) Kubu-Shevchenko (1850–1857) |
| Pertempuran | Ekpedisi Aral 1848 Ekspedisi Karatau 1851 |
Taras Hryhorovych Shevchenko (Bahasa Ukraine: Тарас Григорович Шевченко [tɐˈrɑz ɦrɪˈɦɔrowɪtʃ ʃeu̯ˈtʃɛnko], disebut [tɐˈrɑs] tanpa nama tengah; 9 Mac [G.L.: 25 Februari] 1814 – 10 Mac [G.L.: 26 Februari] 1861), juga dikenali sebagai Kobzar Taras, atau ringkasnya Kobzar (kobzar ialah penyair dalam budaya Ukraine), ialah seorang penyair Ukraine, penulis Rusia, artis, tokoh awam dan politik, pakar kebudayaan kerakyatan dan ahli etnografi. Warisan sasteranya dianggap sebagai asas kesusasteraan Ukraine moden dan, sebahagian besarnya, bahasa Ukraine moden, walaupun ini berbeza daripada bahasa puisinya. Beliau juga menulis beberapa karya dalam bahasa Rusia (sembilan novel, diari, dan autobiografi). Shevchenko juga terkenal dengan banyak karya agungnya sebagai pelukis dan ilustrator.
Dia adalah seorang felo Akademi Seni Imperial. Walaupun beliau tidak pernah menjadi ahli Saudara Santo Cyril dan Methodius, Shevchenko telah disabitkan pada tahun 1847 kerana secara terbuka mempromosikan kemerdekaan Ukraine, menulis puisi dalam bahasa Ukraine dan mengejek ahli-ahli wangsa imperial Rusia. Bertentangan dengan ahli masyarakat yang tidak memahami bahawa aktiviti mereka membawa kepada idea Ukraine yang bebas, menurut polis rahsia, beliau ialah pendukung kemerdekaan.