Shanon Shah

Shanon Shah
Nama lahirShanon Shah bin Mohd Sidek
Kelahiran (1978-08-14) 14 Ogos 1978
Alor Star, Kedah
Asal Malaysia
WarganegaraMalaysia
GenreSoul
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu, Wartawan
Alat muzikPiano
Tahun aktif2001 - kini
Syarikat rakamanInterglobal Music
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Shanon Shah Mohd Sidek (lahir 14 Ogos 1978) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan wartawan lelaki Malaysia. Beliau telah mengeluarkan sebuah album berbahasa Melayu bertajuk Dilanda Cinta di bawah label Interglobal Music.

Sungguhpun pernah berlatih dalam kejuruteraan kimia, Shanon juga bekerja sebagai wartwan dan penganalisa risiko kredit. Beliau juga mendukung kesedaran hak asasi manusia sekuat-kuatnya, terutamanya sebagai pelatih dan pemudah dalam bidang ini.

Beliau memberi tumpuan kepada isu kejantinaan, seksualiti, HIV/AIDS dan Islam. Shanon juga menulis untuk theSun dan pernah menulis bagi mdia cetak seperti New Straits Times, Kakiseni.com dan MuslimWakeUp.com (sebuah majalah Muslim Progresif atas talian).

Pada tahun 2003, Shanon memenangi Anugerah Artis Harapan Mandarin Oriental Fan of the Arts pada Anugerah Seni Cameronian Boh Tahunan ke-2. Tiga tahun kemudian, beliau memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-13.

Pada tahun 2007, Shanon menyertai pertandingan Ikon Malaysia yang pertama.