Ikon Malaysia

Ikon Malaysia rangan pertandingan menyanyi realiti yang tidak seperti pertandingan sebegini yang lain, kerana rancangan ini bukan mencari bintang baru, sebaliknya mencari seorang tokoh baru antara artis-artis sedia ada. Rancangan ini dilancarkan bersama Ikon Indonesia dan Ikon Philippines pada lewat tahun 2006 sebagai satu inisiatif untuk mencari bintang yang layak mewakili negara masing-masing dalam peringkat Asia Tenggara.

Ikon Malaysia mula disiarkan di Astro Ria pada bulan Mei 2007 dengan Sarimah Ibrahim dan Dynas Mokhtar sebagai pengacaranya.

Ikon Malaysia
FormatTelevisyen realiti
Negara asal
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Penerbitan
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro @15
Siaran asalMei 2007 – 28 Julai 2007