Shandong Airlines
| |||||||
| Ditubuhkan | 1994 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Hab |
| ||||||
| Bandar tumpuan | |||||||
| Program kesetiaan | Phoenix Miles | ||||||
| Pesawat | 127 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
| Destinasi | 67 (jumlah keseluruhan destinasi) 64 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
| Ibu pejabat | Shandong Airlines Center, Second Ring Road East No. 5746, Daerah Lixia, Jinan, Shandong, Republik Rakyat China | ||||||
| Orang penting | Xu Chuanyu (Presiden) | ||||||
| Laman web | www www | ||||||
| Shandong Airlines | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Ringkas | 山东航空 | ||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 山東航空 | ||||||
| Maksud harfiah | Syarikat Penerbangan Shandong Airlines | ||||||
| |||||||
Shandong Airlines Co,. Ltd. (山东航空) (Shāndōng Hángkōng); nama panggilan SDA atau (山航; Shānháng) ialah syarikat penerbangan yang berpusat di Shandong Airlines Center (山东航空大厦; Shāndōng Hángkōng Dàshà) di Jinan, Shandong . Syarikat penerbangan itu mengoperasikan rangkaian domestik yang cukup besar dari Jinan, Qingdao dan Yantai ke bandar-bandar besar di seluruh China, bersama dengan rangkaian antarabangsa ke destinasi Asia serantau. Dua pemegang saham terbesar syarikat penerbangan itu adalah Kumpulan Penerbangan Shandong dengan pegangan 42% saham dan Syarikat Penerbangan Air China, sebagai rakan strategik, memegang 22.8% saham yang ada di syarikat penerbangan itu.
Syarikat Penerbangan Shandong Airlines ditubuhkan pada Tarikh 12 Mac 1994 dan mula beroperasi pada Bulan September di tahun yang sama. Pada Bulan September 1997, ia menjadi ahli pengasas Pakatan Penerbangan New Star (Xinxing) bersama dengan lima syarikat penerbangan wilayah China yang lain. Tujuan pakatan itu adalah untuk memperbaiki kewangan dan mencegah pengambilalihan dari pesaing yang lebih besar. Perkhidmatan antarabangsa yang pertama dari banyak perkhidmatan antarabangsa bermula pada Tarikh 8 Jun 2004 yang menghubungkan Jinan ke Singapura .
Pada Tarikh 21 April 2014, Syarikat Penerbangan Shandong Airlines berkomitmen untuk menempah sebanyak 50 Pesawat Boeing 737, termasuk 16 Pesawat 737 Generasi Seterusnya dan 34 Pesawat 737 MAX .