Shah Rezza

Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja
Dato' Sri
Raja Rezza Shah Raja Aman Shah
SSAP (Pahang); SJMK (Kelantan);
DSAP, DIMP (Pahang); SK (Kelantan)
Kelahiran
Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah

(1961-01-26) 26 Januari 1961
PekerjaanPelakon
PangkatYang Berhormat Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja
PendahuluRaja Aman Shah
BapaRaja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitan

Dato’ Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah (lahir Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah; 26 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).

Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan ibu saudaranya Raja Hajjah Noor Baizura Raja Haji Shahar Shah.