Setsubun
Setsubun (節分,, Perayaan Baling Kacang atau Upacara Campak Kacang) adalah suatu perayaan Jepun yang dirayakan sehari sebelum bermulanya musim bunga; hari utama perayaan ini setiap 3 Februari dipanggil Risshun.
Antara kegiatan utama lazim diadakan waktu ini ialah upacara menghalau oni dari rumah; upacara ini dilakukan seorang ketua keluarga yang akan mencampak biji kacang soya panggang ke luar rumah dipercayai mampu menghalau oni-oni ini sambil meneriak "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (「鬼は外!福は内!」, "Oni keluar! Tuah ke mari!"); Biji-biji ini dipercayai dapat membersihkan rumah dari anasir yang tidak dikehendaki.