Oni
Oni (鬼) ialah makhluk ghaib bertanduk seakan iblis yang diketahui dalam cerita rakyat masyarakat Jepun.
Makhluk ini sering ditemukan dalam seni-seni tampak dan persembahan serta sastera Jepun sebagai watak jahat.
Sifatnya adalah berkuasa, berani, kejam dan menakutkan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang terdapat Oni yang membawa kebahagiaan dan yang lucu.