Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat

Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat
United States Secretary of Agriculture
Penyandang
Tom Vilsack
sejak 24 Februari 2021
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
GelaranTuan Setiausaha
(tidak rasmi)
Yang Berhormat
(rasmi)
Anggota bagiKabinet Amerika Syarikat
Lapor kepadaPresiden Amerika Syarikat
Bidang kuasaAmerika Syarikat
InstitusiJabatan Pertanian Amerika Syarikat
KediamanJamie L. Whitten Building (en)
PusatJamie L. Whitten Building, Washington, D.C.
Dilantik olehPresiden
dengan nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatanTiada had
Dibentuk15 Februari 1889
Pemegang pertamaNorman Jay Coleman
PenggantianKesembilan
Timbalan/naibUnited States Deputy Secretary of Agriculture (en)
Tapak webwww.usda.gov
sunting ยท sunting di Wikidata

Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat ialah ketua Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Setiausaha terkini ialah bekas pemegang jawatan yang sama ketika kepresidenan Barack Obama iaitu Tom Vilsack, yang dicalonkan oleh presiden Joe Biden. Vilsack memegang jawatan pada 24 Februari 2021 setelah pencalonannya disahkan Senat dengan undi 92-7. Kedudukan ini merupakan tanggungjawab yang serupa dengan menteri pertanian di kerajaan negara lain.

Jabatan ini merangkumi beberapa organisasi.297,000 mi2 (770,000 km2) hutan kebangsaan dan padang rumput diuruskan oleh Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat. Keselamatan makanan yang dihasilkan dan dijual di Amerika Syarikat dijamin Perkhidmatan Keselamatan dan Pemeriksaan Makanan Amerika Syarikat. Program Cap Makanan bekerjasama dengan negeri-negeri untuk menyediakan makanan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Nasihat untuk petani dan tukang kebun diberikan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Koperasi Negara, Pendidikan dan Sambungan Amerika Syarikat.