Setan jangki
| Setan jangki | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Scombriformes |
| Keluarga: | Scombridae |
| Subkeluarga: | Gasterochismatinae Lahille, 1903 |
| Genus: | Gasterochisma Richardson, 1845 |
| Spesies: | G. melampus
|
| Nama binomial | |
| Gasterochisma melampus Richardson, 1845
| |
| Sinonim | |
| |
Setan jangki (Gasterochisma melampus) ialah sejenis ikan bertulang bersirip ruji penghuni lautan dalam keluarga kembung, Scombridae – sebuah keluarga yang dikongsikan dengan aya, kembung, tenggiri dan bonito. Namun, tidak seperti 50 spesies daripada empat suku tersebut, spesies ini unik kerana ia satu-satunya skombrid yang dikelaskan berasingan daripada yang lain, dalam subkeluarga Gasterochismatinae dan genus Gasterochisma.
Nama tempatannya, ikan setan jangki, dipakai khusus di Indonesia bagi merujuk kepada spesies ini. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil butterfly kingfish.